Banyak benda saya mahu buat sebelum saya jadi tua dan tidak berdaya.
Saya mahu belajar berenang. Saya sudah tak mahu terjun dalam kolam kanak-kanak bila tak ada orang nampak.
Saya mahu belajar telan ubat. Saya sudah jemu kunyah ubat pahit macam daun ketum.
Saya mahu belajar bahasa Perancis. Saya sudah tak tahan kena gelak sebab salah sebut Les Miserables. Eik. Awak pun salah sebut jugak?
Saya mahu pandai MATLAB. Saya sudah segan nak meniru hasil kerja Mohammad Shaffrey Wang yang semakin berbulu dengan perangai saya.
Saya mahu makan mee kolok Sarawak. Saya sudah bosan dengan megi kari campur telur yang awak kata masakan tradisi kaum awak.
Saya mahu pergi ke Mesir dan naik unta macam Encik Hamid. Saya sudah bertaubat tak mahu ambil gambar depan Sunway Pyramid.
Saya mahu beli seluar Emporio Armani warna hitam di Selfridges yang betul-betul ho-liao dengan saya. Saya sudah penat dapat seluar pinggang longgar dan kaki labuh.
Saya mahu bawak ibu saya ke Amsterdam untuk melihat bunga tulip di bulan April. Saya syahdu tengok dia memaki-hamun belalang yang menggigit daun orkidnya di belakang rumah.
Saya mahu macam-macam. Tapi kerja saya banyak macam haram.

Encik Hamid bergaya dengan unta jinak di Mesir

8 comments:
tak tahan betul tengok hamid dengan his shades, riding a hump! haha. hamid, popular sekejap you!
you should know that i have an aversion for pills too. semenjak berumur 13 tahun sampai sekarang, kecik sampai sekarang, nak telan ubat pun 2-3 kali.
At times, I give up, toss the pill into the trash, and senyum pura2 dekat my grandma and mom kononnya dah telan. Penipu besar.
insha-Allah aku doakan hang sempat and boleh buat apa yang hang hajatkan.
nanti kita naik unta sekali na
haha. nj! i did the same thing too. even now kadang-kadang.
amin. moga2 doa hang dimakbulkan.
amboii, macam macam kau nak eh? :)
btw, lama tak jumpa kau! :)
hehe..aku hrp ko boleh buat ape yg ko nak tu..insyaAllah..
whats MATLAB?
its a numerical programming language. sgt wide usage dia, judging from nj's statement that she's using it as well.
numerical. programming. language?
still a big blur. hahaha ive googled tapi x paham jugak apekejadahnya. sorry, im just curious.
Post a Comment